Wednesday, July 27, 2011

Teknik Menjawab Matematik

Tarikh : 16/07/2011 Sabtu
Masa : 8.00 Pg - 12.00 Tgh Hari
Tempat : Makmal Sains SK Kuala Muda

Teknik menjawab Matematik 2011 yang diadakan pada 16 Julai 2011 oleh penceramah jemputan iaitu En. Shahrul Anuar B. Hashim, Pegawai PPD Utara. Terima Kasih kepada semua murid yang hadir semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2011 terutamanya peningkatan subjek Matematik.

Program Semarak Minda

Tarikh : 05-06/0/2011 Selasa-Rabu
Tempat : Jerejak Rainforest Resort, Pulau Jerejak

SK Kuala Muda dan SK Tanjung Tokong telah menghadiri Program Semarak Minda anjuran UDA Holdings Bhd bertempat di Jerejak Rainforest Resort untuk murid tahun 6 bagi meningkatkan prestasi yang cemerlang dalam UPSR 2011.
Pelbagai program diadakan antaranya motivasi, teknik menjawab dan sukaneka. Seramai 170 orang murid dan guru mengikuti program tersebut.


Tuesday, April 19, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan SK Kuala Muda

Tarikh : 16/04/2011 Sabtu
Masa : 8.00 Pg
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kuala Muda

Latihan Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru dan kakitangan SK Kuala Muda telah berjaya dijalankan pada 16 April 2011 yang lalu. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Mohd Rushdan b. Mohd dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang mengenai zakat bagi umat Islam dan slot kedua pula mengenai sistem fail yang disampaikan oleh En. Mohd Nazri B. Bahari (Ketua Unit Pengurusan Akademik - PPD Utara).















Monday, April 18, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

Tarikh : 01/04/2011Jumaat
Masa : 2.30Ptg
Tempat : Kantin SK Kuala Muda

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 telah dijalankan pada 01/04/2011























Wednesday, March 30, 2011

Kem Kecemerlangan Ibadah SK Kuala Muda

Tarikh : 11/03/2011 - 12/03/2011
Masa : 5.00Ptg(Jumaat) - 2.00Ptg(Sabtu)
Tempat : SK Kuala Muda

Baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan satu kem kecemerlangan ibadah khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 dan tahun 5. Beberapa orang penceramah dijemput untuk menjayakan program tersebut.



Monday, February 28, 2011

Takwim Peperiksaan Tahun 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2011

UPSR
Ujian Bertulis     13 - 15 September 2011 (3 hari)

PMR
Ujian Bertulis     4-6 Oktober 2011 (5 hari)
11 - 12 Oktober 2011

SPM
Amali

Ujian Bertulis   

14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis   

20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011

STAM
Ujian Lisan     11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis     12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis     15 -17 Jun  2011 (3 hari)

13- 14 Jun 2011 (2 hari)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)


* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

**sumber - Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Sunday, February 20, 2011

Tahniah Pasukan Sepak Takraw SK Kuala Muda

Syabas dan Tahniah kepada pasukan sepak takraw bawah 12 tahun SK Kuala Muda kerana berjaya mendapat tempat ke-3 acara berkumpulan zon Kepala Batas. Walaupun tewas di pusingan ke 2 melalui acara regu, para pemain masih mampu membuktikan kehebatan mereka walaupun tewas di peringkat separuh akhir. Namun mereka menebus kekecewaan apabila merangkul pingat gangsa melalui Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Zon Kepala Batas.